Thursday, March 25, 2010

Membuat Pilihan Terbaik

Krisis Ummat Islam dengan golongan Yahudi memang tidak akan padam dan selesai selagi-lagi belum nyata apa yang telah disabdakan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallahu'Alaihi wasallam mengenai peperangan ummat Islam dengan golongan yahudi.

Kehadiran Radix Fried Chicken (RFC) di dalam pasaran memang dialu-alukan. Permbukaan cawangan RFC yang pertama di Melaka mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kebiasaan yang berlaku pada hujung minggu dari pemerhatian sendiri, memang ia mendapat sambutan dari ummat Islam di Melaka. Setakat ini belum terpandang lagi golongan yang non-muslim di situ. Cuma berharap agar daya tarikan RFC mampu menambat hati mereka.

Suasana yang tenang, keadaan kakitangan yang sopan serta yang utama menutup aurat. Walaupun kerap berlaku kehabisan hidangan yang di minta kerana ada saja menu yang habis. Mungkin selepas tiga pertama ini, RFC sudah boleh mencongak stok yang diperlukan. semestinya pada peringkat awal sentiasa diluar jangkaan.

Semoga ekonomi ummat Islam semakin mantap agar dapat membela ummat Islam yang lain.

* Radix Fried Chicken - Tingkat Dua MYDIN mall, MITC, Melaka

Tuesday, March 23, 2010

Jangkitan GBS Meningitis

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, semasa menaip tajuk ini, kuman ini terdapat dan hidup di kawasan dalam mulut dan belakang rongga hidung serta di dalam sistem peranakan wanita.

Cara jangkitan hanya berlaku apabila ada pendedahan secara terus kepada darah di dalam tubuh ibu yang mengandung. Pada kebiasaannya kuman ini berjangkit kepada bayi semasa dilahirkan dengan tanda-tanda seperti air ketuban yang pecah terlalu lama sepanjang tempoh mengandung atau semasa tempoh bersalin. Selain dari ini, kuman ini boleh berjangkit kepada anak yang dikandung melalui gusi atau gigi yang bermasalah.

Adalah lebih baik bagi ibu-ibu yang mengandung memastikan kesihatan gigi pada tahap yang optimum semasa tempoh mengandung.

Sekiranya dapat dikesan sebelum kelahiran bayi maka doktor akan memasukkan ubat antibiotik kepada ibu semasa hendak melahirkan anak dan mungkin juga kepada bayi selepas selamat dilahirkan. Ini dapat mengelakkan kuman ini terus menyerang dan memberi kesan kepada bayi.

Adalah maklum bahawa kuman ini tidak berbahaya kepada orang dewasa tetapi ianya amat berbahaya kepada bayi yang baru dilahirkan kerana sistem pertahanan tubuh bayi masih belum kuat dan amat lemah.

Antara tanda-tanda bayi yang dijangkiti GBS Meningitis ini bayi akan demam yang teruk di awal kelahiran. Contohnya, Ahmad Azri dikesan demam pada hari kedua kelahiran dengan suhu pada hari kedua 38 darjah selsius dan meningkat ke 40 darjah selsius.

Monday, March 22, 2010

GBS Meningitis

emedicine.medscape.com
eMedicine Specialties> Saraf> Pediatric Neurology

David C Dredge, MD, Clinical Fellow di Child Neurology, Department of Neurology, Massachusetts General Hospital dan Harvard Medical School
Kalpathy S Krishnamoorthy, MD, Associate Professor of Pediatrics dan Neurology, Harvard Medical School; Consulting Staff, Bahagian Pediatric Neurology, Massachusetts General Hospital
Updated: 15 Januari 2010

Pendahuluan

Latar belakang
Meski pengembangan vaksin yang efektif, alat-alat untuk pengenalan cepat patogen, dan ubat-ubatan antimikrob poten, neonatal meningitis terus menyumbang secara
substansial untuk kecacatan neurologi di seluruh dunia. Persistensi meningitis neonatal hasil daripada meningkatnya jumlah bayi prematur yang masih hidup dan dari
terbatasnya akses kepada sumber perubatan di negara berkembang. Selain itu, tidak adanya penemuan klinikal tertentu membuat diagnosis meningitis pada Neonatus
lebih sukar berbanding pada anak yang lebih tua dan orang dewasa. Selain itu, pelbagai jenis patogen terlihat pada bayi karena ketidakdewasaan sistem kekebalan tubuh
mereka dan intim mungkin terkena jangkitan daripada ibu mereka.
Tinjauan ini berfokus pada persembahan umum daripada bakteria dan virus diubati meningitis pada tempoh neonatal, yang ditakrifkan sebagai kelahiran hingga 44 minggu
postconceptual usia. Common SSP jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan virus (contohnya, kudis selsema) ditekankan.
Dikecualikan daripada perbincangan ini adalah meningitides disebabkan oleh HIV dan cendawan serta organisma lain yang terlibat dalam SSP bawaan kerosakan
(misalnya, sitomegalovirus, Toxoplasmosis).

Menakutkan
Neonatus berada pada risiko yang lebih besar sepsis dan meningitis daripada kelompok usia lain kerana kekurangan dalam imunitas humoral dan bimbit dan fungsi
fagositik. Bayi lebih muda daripada 32 minggu kehamilan sedikit menerima imunoglobulin ibu diterima oleh bayi jangka penuh. [1,2] Kebocoran pada Neonatus 'melengkapi
jalur alternatif kompromi enkapsulasi pertahanan mereka terhadap bakteria. [3] T-sel pertahanan dan pengantaraan B-aktiviti sel juga terganggu. Akhirnya, kekurangan
penghijrahan dan fagositosis oleh neutrofil menyumbang pada kerentanan terhadap patogen neonatal bahkan virulensi rendah. [4]

Frekuensi
Amerika Syarikat
Insiden meningitis bakteria adalah sekitar 0,3 per 1000 kelahiran hidup di negara industri. [4] Insiden herpes simplex virus (HSV) meningitis dianggarkan 0,02-0,5 kes per
1000 kelahiran hidup. [5]
Antarabangsa
Insiden meningitis neonatal sulit untuk secara tepat menentukan kerana keterbatasan percubaan. Namun, kajian baru-baru ini di Asia jangkitan neonatal (mengumpul data
Neonatal Meningitis:

Ahmad Azri - 01-03-2010

Ahmad Azri anak ketiga selepas Nur Amni (2006) dan Nur Adilah (2008) telah selamat lahir pada jam 8.01 pagi Isnin 15 Rabiu'ulawwal 1431. Walau bagaimanapun selepas dua hari, Azri di tahan di wad kecemasan dan selepas dua minggu di tahan, dia disahkan mengidap Group B Streptococus Meningitis atau GBS Meningitis.



Selepas 24 Hari di tahan, Ahmad Azri di benarkan untuk pulang.