Tuesday, March 23, 2010

Jangkitan GBS Meningitis

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, semasa menaip tajuk ini, kuman ini terdapat dan hidup di kawasan dalam mulut dan belakang rongga hidung serta di dalam sistem peranakan wanita.

Cara jangkitan hanya berlaku apabila ada pendedahan secara terus kepada darah di dalam tubuh ibu yang mengandung. Pada kebiasaannya kuman ini berjangkit kepada bayi semasa dilahirkan dengan tanda-tanda seperti air ketuban yang pecah terlalu lama sepanjang tempoh mengandung atau semasa tempoh bersalin. Selain dari ini, kuman ini boleh berjangkit kepada anak yang dikandung melalui gusi atau gigi yang bermasalah.

Adalah lebih baik bagi ibu-ibu yang mengandung memastikan kesihatan gigi pada tahap yang optimum semasa tempoh mengandung.

Sekiranya dapat dikesan sebelum kelahiran bayi maka doktor akan memasukkan ubat antibiotik kepada ibu semasa hendak melahirkan anak dan mungkin juga kepada bayi selepas selamat dilahirkan. Ini dapat mengelakkan kuman ini terus menyerang dan memberi kesan kepada bayi.

Adalah maklum bahawa kuman ini tidak berbahaya kepada orang dewasa tetapi ianya amat berbahaya kepada bayi yang baru dilahirkan kerana sistem pertahanan tubuh bayi masih belum kuat dan amat lemah.

Antara tanda-tanda bayi yang dijangkiti GBS Meningitis ini bayi akan demam yang teruk di awal kelahiran. Contohnya, Ahmad Azri dikesan demam pada hari kedua kelahiran dengan suhu pada hari kedua 38 darjah selsius dan meningkat ke 40 darjah selsius.

No comments:

Post a Comment