Saturday, October 29, 2011


BISMILLAH AL RAHMAN AL RAHIM,

Sungguh sepi blog ini setelah beberapa lama, dek kerana kesibukan kerja dan rutin lawatan ke hospital, Alhamdulillah Ahmad Azri dan anak2 yang lain sihat dan ceria, cuma perkembangan Ahmad Azri memang terlalu lambat, walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana Ahmad Azri ada semangat dan semangat itulah yang menyebabkan sentiasa ada perkembangan dari dirinya...

Baru-baru ini doktor mengsyorkan untuk memberi Ahmad Azri sejenis makanan tambahan iaitu MCT oil ( http://www.allstarhealth.com/lj_c/mct_oil.htm ), tapi kami lebih kepada untuk memberikan Azri dengan Minyak Zaitun, matlamat utama doktor untuk memberi tenaga lebih bagi menambahkan berat badan Azri yang sehingga kini setelah berumur setahun 8 bulan hanya mampu mencecah 7.13Kg sahaja iaitu berat bagi kanak-kanak yang seusia 8 ke 9 bulan.

Buat masa ini biarlah kami pula mencuba dahulu melihat kesannya daripada asyik mengikut aturan doktor yang kadang kala ada kaburnya atau sekadar memberi nasihat. Mari kita lihat kesan minyak zaitun sehingga bulan Disember nanti.

Saturday, June 12, 2010

Selamat Ulangtahun ke-5

Sempena ketibaan 4 haribulan Jun 2010, genaplah usia lima tahun pernikahan kami. Ikatan yang terjalin semoga terus mendapat keberkatan dan keredhoan Allah Ta'ala. Amin ya Rabbal Alamin.



Bersama kami 3 orang cahaya mata yang menghiasi rutin kehidupan kami,terutama ummi yang sentiasa bersama anak-anak, Nur Amni, Nur Adilah dan Ahmad Azri. Amni paling teruja apabila melihat Kek yang di bawa pulang tanpa ada perancangan awal. Pulang dari Shah Alam, terus singgah JJ Bandaraya Melaka dan maklumkan semasa hendak pulang.

Bersyukur sangat dapat bersama meraikannya, moga akan ada keraian yang akan datang dalam suasana yang lebih meriah bagi menghargai pengorbanan ummi untuk keluarga.





Moga Allah mengurniakan kami cahaya iman dan kekuatan menerobos ujian zaman dengan selamat. Abi dan Ummi sentiasa mendoakan anak-anak semoga membesar dalam peliharaan Allah, sihat dan bertaqwa.


Tuesday, June 1, 2010

Went to Cameron...

Perancangan awal, Seorang sahabat nak ikut tapi tak jadi, kenduri malam Jumaat di rumah seorang kawan pun tak dapat hadir, jadi terus menuju ke Kuala Lumpur agar perjalanan esoknya ke Tanah Tinggi Cameron lebih singkat.

Petang Jumaat tu, tiba-tiba Zaujah dapat mesej, bertanya kami di mana, mungkin sahabat yang nak ikut tu dah dapat kelonggaran untuk turut sama ke sana.Rupanya programnya telah selesai awal, petang Jumaat tu juga jadi, boleh la ikut ke Tanah Tinggi Cameron untuk menghadiri satu majlis -  Perkahwinan "Insyirah"

Maka terpaksalah sahabat tadi bertolak dari Melaka sendirian, digagahkan juga walau dalam tak berani sebab tak pernah berjalan seorang diri. Hairan gak sebenarnya, sebab belajar jauh nun di Utara dan keluarga nun di Selatan...konpius pun ada hehehehee...

Jemputan yang tamat jam 4.00 Petang hari Sabtu tu masih menunggu kehadiran kami kerana terperangkap dalam kesesakan di Brinchang, maklumlah hari minggu di atas tu, tambahan pula dengan cuti pada hari Jumaat bagi sesetengah negeri menyesakkan lagi perjalanan, hampir 20 minit bagi setiap 1 km.


Tibalah kami pada lebih kurang jam 3.30 petang tu ke majlis disambut oleh ahli keluarga pengantin, Nyaris-nyaris kena kemas dewan hehehehe...

 Setelah selesai majlis, terus ke Hotel untuk daftar masuk, selepas tu tak terus keluar sebab dah agak lewat, bimbang pulak yang kecik tu nanti meragam. Waktu-waktu senja ni macam-macam ada apatah lagi tempat baru sampai dah kawasan hutan belantara. jadi tangguhkan dulu selepas maghrib.


Tak sempat nak berjalan jauh, anak2 minta didokong. huhuhuhu habis batal nak merayau jauh2 kat pasar malam Brinchang. Patah balik dan keluar seorang je beli apa-apa yang boleh dapat di atas takde di bawah..huhuhu tak borong la jugak ...

Keesokan hari , jemput sahabat di Tanah Rata, dan beli sedikit cenderahati, sebelum pulang.

Kami bertolak jam 1.30 agaknya, menyusuri Tanah Rata ke Tapah, sebab naik melalui Simpang Pulai. Singgah di Tanah Tumpah Darah untuk beri sedikit kepada keluarga di Kuala Lumpur, dan bertolak ke Melaka selepas Isyak. Sampai di Rumah jam dah pukul 11.15 malam.

Semoga pengantin Bahagia Hingga ke Syurga....

Wednesday, April 28, 2010

Aduhai Saudara ku sekalian...

Petikan daripada News.Com.Au pada 30 Mac 2010:
CIGARETTES may contain traces of pigs’ blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence “very offensive”. University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig – including the use of its haemoglobin in cigarette filters.
Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.
Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork. “I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive,” Prof Chapman said today. “The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.
 
Penyelidik tersebut telah menemukan hemoglobin babi – protein darah – yang digunakan untuk membuat penapis rokok  yang didapati lebih berkesan  untuk mencegah bahan kimia berbahaya sebelum bahan tersebut memasuki paru-paru seorang perokok.
Satu lagi alasan atau sebab kukuh kenapa seseorang tu wajib berhenti merokok, teringat pula cerita seorang rakan dulu yang biasanya sesetengah umat islam walau nakal atau jahat takat manapun tapi bila bab babi ni cukup sensitif, tak boleh makan, walhal boleh dikatakan banyak kejahatan lain selamba aje deme lakukan. Mungkin ada benar jugak kot pendapat rakan saya tu.
Cuma tak pasti sama ada kajian tersebut turut melibatkan rokok-rokok kat Malaysia ni, lagipun rokok mana ada sijil Halal JAKIM, memang patut dan wajib berhenti lah tu. :D

Tuesday, April 27, 2010

Mencari Sahabat....

Doa ku untuk mu...
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...



Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

 Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

 Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

Thursday, March 25, 2010

Membuat Pilihan Terbaik

Krisis Ummat Islam dengan golongan Yahudi memang tidak akan padam dan selesai selagi-lagi belum nyata apa yang telah disabdakan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallahu'Alaihi wasallam mengenai peperangan ummat Islam dengan golongan yahudi.

Kehadiran Radix Fried Chicken (RFC) di dalam pasaran memang dialu-alukan. Permbukaan cawangan RFC yang pertama di Melaka mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kebiasaan yang berlaku pada hujung minggu dari pemerhatian sendiri, memang ia mendapat sambutan dari ummat Islam di Melaka. Setakat ini belum terpandang lagi golongan yang non-muslim di situ. Cuma berharap agar daya tarikan RFC mampu menambat hati mereka.

Suasana yang tenang, keadaan kakitangan yang sopan serta yang utama menutup aurat. Walaupun kerap berlaku kehabisan hidangan yang di minta kerana ada saja menu yang habis. Mungkin selepas tiga pertama ini, RFC sudah boleh mencongak stok yang diperlukan. semestinya pada peringkat awal sentiasa diluar jangkaan.

Semoga ekonomi ummat Islam semakin mantap agar dapat membela ummat Islam yang lain.

* Radix Fried Chicken - Tingkat Dua MYDIN mall, MITC, Melaka

Tuesday, March 23, 2010

Jangkitan GBS Meningitis

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, semasa menaip tajuk ini, kuman ini terdapat dan hidup di kawasan dalam mulut dan belakang rongga hidung serta di dalam sistem peranakan wanita.

Cara jangkitan hanya berlaku apabila ada pendedahan secara terus kepada darah di dalam tubuh ibu yang mengandung. Pada kebiasaannya kuman ini berjangkit kepada bayi semasa dilahirkan dengan tanda-tanda seperti air ketuban yang pecah terlalu lama sepanjang tempoh mengandung atau semasa tempoh bersalin. Selain dari ini, kuman ini boleh berjangkit kepada anak yang dikandung melalui gusi atau gigi yang bermasalah.

Adalah lebih baik bagi ibu-ibu yang mengandung memastikan kesihatan gigi pada tahap yang optimum semasa tempoh mengandung.

Sekiranya dapat dikesan sebelum kelahiran bayi maka doktor akan memasukkan ubat antibiotik kepada ibu semasa hendak melahirkan anak dan mungkin juga kepada bayi selepas selamat dilahirkan. Ini dapat mengelakkan kuman ini terus menyerang dan memberi kesan kepada bayi.

Adalah maklum bahawa kuman ini tidak berbahaya kepada orang dewasa tetapi ianya amat berbahaya kepada bayi yang baru dilahirkan kerana sistem pertahanan tubuh bayi masih belum kuat dan amat lemah.

Antara tanda-tanda bayi yang dijangkiti GBS Meningitis ini bayi akan demam yang teruk di awal kelahiran. Contohnya, Ahmad Azri dikesan demam pada hari kedua kelahiran dengan suhu pada hari kedua 38 darjah selsius dan meningkat ke 40 darjah selsius.